Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Persiapan LTdL belum dimuktamadkan

letour_01.jpg
Hanya kurang dua minggu sebelum saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 berlangsung, banyak perkara masih belum dimuktamadkan dan hanya akan diketahui selepas berakhirnya mesyuarat Jawatankuasa Pengelola LTdL di Putrajaya, hari ini.

Saingan LTdL sepatutnya membuka tirai Ahad ini. Bagaimanapun, atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan, ia telah dianjak ke 6 April.

Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat hari ini adalah laluan yang bakal digunakan oleh pelumba dengan Genting Highlands menjadi salah satu destinasi selepas ia diketepikan dalam beberapa edisi terdahulu dan senarai penuh pasukan yang bakal menyertai saingan berstatus 2.HC (Hors Class) itu.

Laporan menyeluruh mengenai perkembangan LTdL akan dibawa dalam Nadi Arena edisi 7.30 dan 11 malam ini.
 

Advertisement

Must Watch Video