Beberapa persatuan sukan menuntut untuk melakukan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, apabila masih keliru dengan hala tuju Program Podium 2.0.
Perkara itu diajukan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutif badan induk itu, hari ini.
Program Podium 2.0, yang menggantikan Sistem Tiering hanya selepas tiga bulan diwujudkan, gagal diperjelaskan secara terperinci kepada beberapa persatuan yang melihat ia tidak membantu secara keseluruhan program sukan kebangsaan.
Antara persatuan sukan yang menuntut pertemuan itu ialah Taekwondo Malaysia, Persekutuan Snuker dan Billiards Malaysia (PSBM) dan beberapa persatuan lain.
"30 persatuan sukan yang telah bertemu dengan pihak MSN menerusi Jawatankuasa Kerja bagi mendapatkan penjelasan, terdapat persatuan sukan lain masih lagi belum mendapatkan penjelasan terhadap hala tuju sukan mereka," kata Presiden MOM, Datuk Seri Norza Zakaria.
Turut ditetapkan dalam mesyuarat itu adalah tarikh untuk mesyuarat pemilihan atlet ke Sukan SEA Manila yang akan berlangsung 25 April depan.
Dalam masa sama, nama untuk calon mengisi jawatan timbalan chef-de-mission masih ditimbang, namun menjelaskan dua nama akan dicadangkan masing-masing oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).