Skip to main content

Sukan Lain

Perkembangan Azeem kekal positif -- Manshahar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azeem-wug.jpg
Meskipun gagal menjelmakan pingat acara 100 meter di Sukan Universiti Dunia (WUG) 2025 baru-baru ini, prestasi jaguh pecut negara, Azeem Fahmi, dilihat berkembang positif dan berada di landasan yang betul.

Itu penjelasan ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Manshahar Abd Jalil, yang tampak yakin Azeem mampu bangkit dan menyumbang pingat buat negara di Jelajah Benua Terbuka India bermula 10 Ogos ini.

Selepas pulang daripada WUG, latihan intensif menjelang kejohanan itu telah dipersiapkan rapi oleh barisan kejurulatihan sebelum Azeem berangkat ke India bersama beberapa lagi atlet olahraga yang lain.

Advertisement

Must Watch Video