Jurulatih skuad futsal negara, Chiew Chun Yong, terpaksa mengangguh perancangan bertolak ke Thailand hari ini untuk menghadapi Kejohanan Futsal AFF 2022 disebabkan status COVID-19 lima pemain utamanya.
Chun Yong ketika ditemubual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, mengesahkan pihaknya masih menunggu surat pelepasan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), membabitkan lima pemain itu yang baru pulih daripada jangkitan wabak berkenaan.
Chun Yong bagaimanapun mengakui situasi itu menjejaskan persiapan pasukannya apabila perlawanan persahabatan menentang Australia dan sebuah kelab di Thailand terpaksa dibatalkan.
Bekas pemain negara itu kini menggunakan pelan 'B' untuk melakukan persediaan menerusi perlawanan pemanas badan bertemu dua pasukan tanahair sebelum berangkat ke Bangkok minggu depan.