Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Penilaian badan sukan kebangsaan tidak disandar kepada pencapaian -- Zaiton

pjs.jpg
Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS), Datuk Zaiton Othman, menjelaskan penilaian badan sukan kebangsaan tidak hanya tertumpu kepada pencapaian selepas ada yang mempertikaikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kekal dengan status lima bintang bagi tahun 2018.

FAM dikatakan tidak layak mendapat status lima bintang oleh PJS memandangkan ranking skuad kebangsaan setakat ini sekadar di tangga ke-167 dunia.

Namun, Zaiton menegaskan tahap pencapaian hanya meliputi lapan peratus tatkala aspek pentadbiran dan sumber manusia merupakan penilaian tertinggi sehingga 28% di mana FAM memenuhi kriteria tersebut untuk menjadi persatuan ketiga terbaik berstatus lima bintang.

Secara keseluruhan, sebanyak enam persatuan diiktiraf lima bintang yang menyaksikan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menghuni kedudukan teratas.

"Prestasi sukan yang terlibat hanya dinilai sebanyak lapan peratus. Penilaian badan sukan meliputi aspek pengurusan kewangan sementara penjanaan kewangan yang dihasillkan oleh badan induk itu," kata Zaiton.

Sebanyak 11 persatuan sukan kebangsaan tidak mendapat penilaian daripada PJS kerana gagal memenuhi sebanyak enam kriteria yang sepatutnya menyaksikan 24 persatuan sahaja dinilai untuk mendapat pengiktirafan.

"Kami telah memberikan jangka masa yang panjang untuk menyediakan elemen-elemen yang dinilai oleh PJS dan mereka sepatutnya berada di tahap yang lebih tinggi," katanya.

Advertisement

Must Watch Video