Jurulatih terjun podium negara, Nor Aznizal Najib, menegaskan bahawa kekosongan ditinggalkan Hanis Nazirul Jaya Surya tidak menjejaskan kem negara.
Atlet pelapis seperti Nurqayyum Nazmi dan Yong Rui Jie bersedia mengisi tempat itu.
"Slot ditinggalkan Hanis bakal diisi atlet pelapis. Ia tidak menjejaskan kem negara. Kami telah merancang bagi kejohanan akan datang dengan barisan penerjun yang ada dalam pasukan," katanya.
Sementara itu, Gabriel Gilbert Daim terkejut dengan penamatan kontrak rakan sepasukannya dan pastinya pengalaman 10 tahun bersama dalam kem latihan akan terus diingati.
Dan atas sebab itu -- Gilbert kini bersedia kembali bergandingan dengan Syafiq Puteh selepas kecederaan belakangnya beransur pulih.
Sukan SEA bakal menjadi pentas terbaik untuknya membuktikan kemampuan dan memburu kejayaan baharu dan segalanya bergantung kepada pemilihan wakil negara yang akan berlangsung pada Oktober.