BOLING PADANG
Penganjuran MLB Tigers Grand Glam wajar dicontohi
Tiga hari yang cukup bersejarah buat sukan boling padang apabila edisi pertama MLB Tigers Grand Glam melabuhkan tirai semalam.
Selain mengumpul pemain terbaik negara, kejohanan itu turut menawarkan jumlah wang kemenangan terbesar dalam sejarah penganjuran sukan itu di Malaysia.
Buat julung kali, MLB Tigers turut bertindak sebagai langkah terbaik mempromosi sukan boling padang menerusi perkenalan saingan bawah 12 tahun.
Iklan
Secara tidak langsung, Persekutuan Lawn Bowls Malaysia wajar dicontohi kerana mengambil inisiatif terbaru dalam perjalanan untuk melahirkan juara dunia di masa depan.
Selepas bergerak secara aktif sejak 30 tahun lalu, plbm mengharapkan sukan itu kembali diberi pengkhususan menuju fasa kritikal -- persiapan Sukan Komanwel 2026.
Hasrat PLBM seiring dengan pencapaian yang dilakar skuad negara apabila memiliki pemain terbaik dunia.
Must-Watch Video