SUKAN LAIN
Pendedahan jadi keutamaan pemain bawah 23 tahun
Ketua jurulatih skuad bola keranjang wanita negara, Yoong Sze Yuin, bakal membawa pemain bawah 23 tahun bagi menggalas cabaran Piala Dunia Tiga Lawan Tiga di Filipina, bermula 8 Jun depan.
Ia adalah salah satu persiapan buat skuad negara sebelum Sukan Asia Jakarta pada Ogos depan untuk Sze Yuin meletakkan kepercayaan kepada pemain bawah 23 tahun.
Ini kerana acara tiga lawan tiga dalam Sukan Asia hanya melibatkan pemain bawah 23 tahun dan Piala Dunia di Filipina nanti akan menjadi medan terbaik untuk anak buahnya belajar sesuatu bagi mempersiapkan diri ke Jakarta.
Iklan
Apatah lagi, tahap saingan dalam Piala Dunia sememangnya tinggi dengan rata-rata pasukan lawan menurunkan pemain elit dan bukannya bawah 23 tahun.
"Piala Dunia adalah pertandingan elit. Setakat ini pasukan saya, saya letakkan bawah 23 tahun, dan skuad senior akan membimbing mereka untuk Sukan Asia," kata Sze Yuin.
Hanya empat pemain akan dibawa ke Jakarta di mana pemilihan masih belum dimuktamadkan.
Mereka akan terus dinilai berdasarkan komitmen dalam latihan dan prestasi semasa dalam kejohanan luar negara.
"Mereka akan dinilai berdasarkan program latihan yang telah disusun," kata Sze Yuin lagi.
Must-Watch Video