Bekas pelari pecut negara, Nazmizan Muhammad, yakin kemarau 14 tahun pingat emas acara 100 meter dalam Sukan SEA mampu ditamatkan oleh pelari negara berdasarkan prestasi semasa mereka.
Kali terakhir Malaysia merangkul emas dalam acara itu adalah menerusi Nazmizan dalam Sukan SEA Hanoi pada 2003 dengan catatan 10.47 saat.
Enam edisi seterusnya, Malaysia kempunan untuk merangkul emas dalam acara tersebut.
Namun, situasi itu dijangka akan bertukar berdasarkan persembahan konsisten barisan pelari negara ketika ini, diketuai Khairul Hafiz Jantan yang mencatat 10.18s dalam Sukma Sarawak, tahun lalu.
"Kami boleh meletakkan sasaran pingat dalam acara pecut. Kalau ikut pencapaian tahun lalu sudah tentu pingat emas, 10.18s. Tetapi kami ingin melihat untuk pencapaian tahun ini," katanya.
Persaingan yang kian sengit untuk merebut tempat dalam skuad kebangsaan juga mampu mendorong barisan pelari pecut negara melakar masa yang lebih baik.
Cuma Nazmizan mengingatkan pelari agar menjaga keadaan diri supaya tidak berdepan dengan risiko kecederaan yang mampu meragut peluang untuk beraksi dalam temasya itu.
"Pesaingan itu memang masih lagi terbuka. Kita melihat siapa yang terbaik, tidak kira catatan sebelum ini bagus atau tidak," tambahnya.