Penantian Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) berhubung pembinaan stadium ragbi pertama di negara ini berakhir apabila kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan RM17 juta kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi tujuan berkenaan.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata stadium itu akan dibina di Presint 14, Putrajaya dengan keluasan 6.47 hektar dan kerja-kerja fizikal di tapak tersebut dijangka bermula November depan.
Beliau berkata peruntukan itu merangkumi pembinaan dua padang ragbi mengikut spesifikasi pertandingan dan latihan, lampu limpah berkuasa 1,200 lux, bilik persalinan serta beberapa kemudahan lain.
“KBS sedang dalam proses mengemukakan pindaan lokasi projek kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kementerian Hal Ehwal Ekonomi mengenai pemindahan semula lokasi projek dari Bandar Sukan Kuala Lumpur ke Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata Majlis Sukan Negara (MSN) turut bersetuju menempatkan pasukan ragbi wanita 7s kebangsaan dari Sistem Tier empat kepada Tier Tiga bagi persiapan pasukan ke Sukan SEA Manila, Filipina, dari 30 November hingga 11 Disember depan.
Keputusan itu membolehkan pemain menerima elaun, latihan serta beberapa kemudahan atlet sepenuh masa.
“KBS juga komited untuk melaksanakan program latihan intensif bagi persediaan pasukan ragbi wanita itu ke Sukan SEA Manila 2019 dengan syarat semua pemain mendapat pelepasan sepenuh masa daripada majikan masing-masing.
"Menerusi inisiatif ini, ia membuktikan KBS sentiasa menyokong agenda memperkasa wanita, terutama dalam pembangunan sukan tanah air,” katanya.
-- BERNAMA