Tindakan Memanah Dunia mengubah format had masa ketika di peringkat kelayakan meningkatkan tekanan kepada pemanah negara.
Pemanah negara, Muhammad Zarif Syahir Zolkefli, mengakui masa tiga dari empat minit untuk melakukan enam panahan mengundang kesilapan mudah dalam setiap kejohanan.
Justeru, mereka perlu segera menyesuaikan diri dengan perubahan baru ini menjelang Grand Prix (GP) Asia di Thailand, Disember depan.
"Rentak semua atlet pun pasti akan tidak tersusun seperti sebelum ini.
"Pertukaran peraturan ini memberi kelainan. Sebelum ini kami sempat bernafas lagi, tapi sekarang semua pemanah pasti menjadi kelam-kabut kerana takut tidak sempat memanah, kami akan lebih memikirkan soal masa," katanya di Nadi Arena.