Saingan untuk merebut tempat dalam Final Siri Hoki Dunia 2019 bertambah sengit dengan kebangkitan pemain muda.
Skuad hoki negara akan mengharungi kempen di Stadium Nasional, Bukit Jalil, bermula 26 April ini tatkala jurulatih, Roelant Otlmans, tidak gentar untuk menurunkan muka baru.
Jurulatih kelahiran Belanda itu menyenaraikan seramai sembilan muka baru dalam saingan Piala Sultan Azlan Shah 2019 di Ipoh, Perak, yang berakhir semalam.
Malaysia meraih tempat ketiga selepas menewaskan Kanada sambil muka-muka baru menjadikannya sebagai medan untuk membuktikan kemampuan mereka.
Antara yang menyinar ialah penyerang, Azrai Aizad Abu Kamal, Nor Syafiq Sumantri, pertahanan, Luqman Hakim Ahmad Syukran dan Arif Syafie Ishak.
"Ini titik permulaan dan jaringan pertama saya buat skuad kebangsaan.
"Saya akan cuba yang terbaik dan saya mahu meningkat dan pergi lebih jauh lagi," kata Azrai yang dinobatkan Pemain Terbaik dalam perlawanan penentuan tempat ketiga semalam.
Menurut Luqman Hakim: "Saya perlu menggandakan lagi usaha untuk mendapatkan tempat dalam Final Siri Hoki Dunia. Cabaran saya ialah perlu tingkatkan lagi prestasi dalam perlawanan akan datang."
"Perebutan tempat amat sengit, sebagai pemain kami cuma perlu fokus dan berikan saingan yang baik," tambah Nor Syafiq.
Senarai pemain muda dalam Piala Sultan Azlan Shah:
Nor Syafiq Sumantri umur: 22 tahun
Azrai Aizad Abu Kamal umur : 19 tahun
Luqman Hakim Shukran umur : 21 tahun
Ashran Hamsani umur : 23 tahun
Amirol Arshad umur : 23 tahun
Zaimi Met Deris umur : 21 tahun
Aiman Rozemi umur : 22 tahun
Najmi Jazlan umur : 23 tahun
Arif Ishak umur : 19 tahun