Skip to main content

Tenis

Peluang pemain tenis remaja negara baiki ranking

180317-tenis-malaysia.jpg
Buat julung kalinya, Kuala Lumpur akan menganjurkan Sirkit Kejohanan Remaja Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) yang akan bermula Selasa depan. 

Kejohanan itu mendapat kerjasama Persatuan Lawn Tenis Kuala Lumpur (KLLTA) dan Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) yang akan diadakan buat julung kalinya di Kompleks Tenis DBKL di Taman Titiwangsa. 

Ini peluang terbaik buat pemain muda negara beradu kekuatan mereka dengan pemain luar negara dari Australia, Belgium, Amerika Syarikat (AS), Perancis dan Belgium. 

Seramai 143 atlet lelaki dan wanita negara sudah mengesahkan penyertaan dalam saingan yang memasuki Sirkit Kedua di Kuala Lumpur. 

"Apa yang penting untuk Sirkit Kejohanan Remaja ITF ini, pemain-pemain negara khususnya akan menimba pengalaman bernilai.

"Lebih jauh mereka dapat mara, lebih banyak pengajaran untuk mereka," kata Presiden KLLTA, Mirzan Tun Mahathir. 

Walaupun kejohanan ini tidak menawarkan sebarang hadiah wang tunai, namun apa yang lebih penting buat pemain-pemain muda negara adalah mengumpul mata ranking ITF dalam misi mereka untuk menjadi bintang tenis ternama dunia pada suatu hari nanti. 


Advertisement

Must Watch Video