Skip to main content

Sukan Lain

Pelayaran: The Monsoon cipta kejutan di Switzerland

1807_pelayaran.jpeg
Skuad pelayaran Malaysia 'The Monsoon' berjaya mencipta kejutan mara ke siri final SSL Gold Cup sebentar tadi.

Biarpun turun dalam perlumbaan terakhir saingan kelayakan Kumpulan 7, Malaysia berjaya mengesahkan tempat ke pentas final dengan juara kumpulan, Afrika Selatan sekaligus menyingkirkan hajat India untuk ke saingan akhir yang akan berlangsung di Bahrain Oktober nanti.

Satu kejayaan yang cukup membanggakan kerana Malaysia yang turun selaku ranking paling rendah berbanding pencabar lain, berjaya membuktikan kewibawaan mara ke siri final.

Dua lagi negara yang berjaya mengesahkan kemaraan di saat akhir adalah Ukraine dan Thailand yang mengungguli saingan kelayakan kumpulan 8, menyingkirkan Singapura dan Korea Selatan.

Advertisement

Must Watch Video