Atlet pelayaran negara, Mohd Khairulnizam Afendy, bertekad mahu mengisi slot ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan menyasarkan Sukan Asia Indonesia sebagai medan terbaik untuk dia mencapai sasaran itu.
Selepas selesai aksi dalam Kejohanan Dunia minggu lalu, Kharulnizam dapat berasakan peluang Malaysia cerah untuk merebut slot ke Sukan Olimpik.
Beberapa pasukan seperti Korea Selatan dan China sudah pun layak mengisi slot ke Olimpik ketika dalam saingan Kejohanan Dunia lalu dan kini pentas Sukan Asia terbuka luas untuk Malaysia mengikut jejak yang sama.
"Sekarang ini peluang untuk laser dan laser radial bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik cerah sebab Korea Selatan dan China sudah layak.
"Kami menyasarkan untuk berada dalam kelompok terbaik di Asia. Kalau kita menduduki tempat terbaik dalam Sukan Asia, kita akan layak ke Olimpik juga," kata Khairulnizam.
Laluan yang biasa digunakan untuk Sukan Asia menambahkan lagi keyakinan untuk skuad pelayaran mencetak kejutan sekurang-kurangnya melepasi satu emas seperti yang berlaku di Incheon empat tahun lalu.
Pemegang pingat perak di Incheon ini bersama dengan rakan sepasukan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, semalam.
"Keputusan bagus tetapi dia kena cuba sekali lagi. Laser dan laser radial agak sukar. Kami akan cuba dalam Sukan Asia. Saya rasa prestasi kami kini berada dalam keadaan yang terbaik."