Pelayar negara, Khairulnizam Mohd Afendy, mempunyai peperangan sendiri yang perlu ditempuh dalam perebutan pingat emas acara laser radial Sukan Asia Indonesia 2018 yang turut menawarkan tiket Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Khairulnizam memburu emas sulung Sukan Asia dalam penampilan ketiga temasya -- kejayaan yang didambakan oleh pelayar negara itu bagi menjamin tiket Sukan Olimpik Tokyo walaupun realitinya, dia perlu menewaskan juara bertahan dua temasya berturut-turut, Ha Jee-Min dari Korea Selatan.
"Saya perlu melakukan yang terbaik dalam pusingan awal dan cuba mengekalkan kedudukan dan tidak mengulangi kesilapan dalam Kejohanan Asia lalu," kata Khairulnizam.
Malang buat Malaysia apabila acara menyumbang emas empat tahun lalu, international 420 lelaki, tidak dipertandingkan, namun pelayar negara masih lagi kompetitif untuk meraih emas.

Ada antara pelayar ini yang merancang sesuatu lebih besar dalam karier mereka selepas tamat Sukan Asia dan berkemungkinan menjadi penampilan terakhir mereka dalam temasya itu.
"Indonesia 2018 mungkin Sukan Asia terakhir saya. Tetapi jika meraih keputusan positif, keputusan ini mungkin boleh berubah," kata Khairulnizam.
Skuad negara sudah membiasakan diri dengan tiupan angin dan venue pertandingan.
Jadi, tidak mustahil mereka mampu mengatasi pencapaian satu emas dua perak di Incheon, empat tahun lalu.