Atlet pelayaran negara, Khairulnizam Mohd Afendy, menganggap beberapa perlumbaan terakhir ini sebagai waktu yang paling kritikal dalam memastikan dia mampu menamatkan kategori laser standard di Pusat Pelayaran Kebangsaan Indonesia di kedudukan pingat dalam Sukan Asia Indonesia.
Selepas menamatkan tujuh perlumbaan, Khairulnizam ketika ini berada di kedudukan kedua, dibezakan 0.2 mata berbanding peserta Korea Selatan.
Dua lagi perlumbaan bakal diharungi Khairulnizam hari ini menuju kepada perlumbaan terakhir yang dijadualkan Jumaat ini.
"Saingan sangat rapat, beberapa perlumbaan ini amat penting kerana sesiapa saja boleh meraih pingat pada masa ini," katanya.
Selain Khairulnizam, Malaysia turut mempunyai peluang cerah untuk memperoleh pingat bagi acara laser 4.7 terbuka lelaki.
Saingan itu ketika ini diterajui atlet negara, Muhammad Fauzi Kaman Shah, dengan perbezaan besar 20 mata berbanding pencabar terdekat, Wang Jianxiong dari China.
Empat tahun lalu di Incheon, Malaysia meraih satu emas dalam pelayaran bagi acara 420 lelaki antarabangsa menerusi gandingan Mohamad Faizal Norizan dan Ahmad Syukri Abdul Aziz.
Acara berkenaan tidak dipertandingkan dalam edisi kali ini tetapi Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA) yakin mampu mengulangi pencapaian satu emas berkenaan.