Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Olimpik

Paris 2024: Zii Jia fokus mantapkan kekuatan mental

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zii-jia.jpg
Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, mengutamakan pemantapan kekuatan mental sebagai persiapan menjelang aksi terakhir peringkat kumpulan Sukan Olimpik Paris 2024 di Porte de la Chapelle Arena esok.

Zii Jia menegaskan ketenangan akan menjadi elemen paling penting untuk memastikan tidak ada kejutan berlaku apabila dia turun ke gelanggang menentang pemain Sepanyol, Pablo Abian.

Seandainya menang, ia akan menjamin laluannya ke pusingan kedua selepas mudah mengatasi wakil Sri Lanka, Viren Nettasinghe, sebelum ini.

"Sejujurnya, tidak banyak yang kami boleh lakukan beberapa hari ini untuk meningkatkan apa-apa, saya tidak fikir seperti itu," katanya kepada wartawan Astro Arena, Shahrazad Sani.

"Saya fikir apa yang penting adalah untuk menenangkan diri kerana semua orang mengimpikan untuk bermain dalam Sukan Olimpik, semua orang mengimpikan untuk memenangi medal di sini.

"Jadi, tekanannya pasti berbeza dengan pertandingan lain dan benar, kekuatan mental akan menjadi keutamaan."


 

Advertisement

Must Watch Video