Skip to main content

Olimpik

Paris 2024: Trio recurve wanita jalani latihan intensif di Korea Selatan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

trio-recurve.jpg
Trio recurve wanita menerusi Ariana Nur Dania Mohamad Zairi, Nurul Azreena Mohamad Fazil dan Syaqiera Mashayikh akan terbang semula ke Korea Selatan dan berkampung di sana selama dua minggu untuk membawa bekalan secukupnya ke Paris.

Ariana yang ditemui dalam keadaan kurang sihat selepas pulang dari Antalya, Turkiye berharap latihan intensif di Korea nanti akan membantu konsistensi dirinya serta rakan pasukan.

"Kami berharap untuk meraih ilmu yang penting apabila berada di sana di samping meningkatkan konsistensi dalam setiap panahan," katanya. 

Dalam masa sama, jurulatih Norizham Ishak juga tidak mahu terlalu memberi tekanan kepada anak buahnya kerana menyedari yang pengalaman mereka masih setahun jagung dalam Sukan Olimpik itu tetapi berharap latihan akhir dapat memantapkan lagi persiapan mental dan fizikal.

"Beberapa negara yang di sana merupakan antara yang berpengalaman di peringkat antarabangsa malah sudah beraksi di Sukan Olimpik."

Advertisement

Must Watch Video