Tempoh dua minggu sebelum hari perlumbaan menjadi detik penting buat jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi, untuk beraksi pada tahap terbaik dalam Sukan Olimpik 2024 di Paris bulan ini.
Pengarah Kejurulatihan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard, berkata atlet berusia 20 tahun itu perlu menyerap semua strategi sepanjang 14 hari terakhir menjelang aksinya pada 3 Ogos.
Pemenang pingat gangsa dalam acara 100 meter Sukan Asia Hangzhou dengan catatan 10.11 saat itu dijadualkan bersaing di Stade de France.
"(Prestasinya) hampir sama ketika Sukan Asia. Kini kami berada di fasa terakhir yang amat penting bagi mencapai kemuncak dalam tempoh dua minggu (sebelum hari perlumbaan).
"Kamu boleh melakukan semua persiapan dalam tempoh empat tahun, tetapi jika gagal melaksanakan semua strategi yang betul dalam tempoh dua minggu ini, kamu akan terlepas peluang untuk melakukan yang terbaik," katanya.
Ballard, yang pernah beraksi dalam Sukan Olimpik Seoul 1988, akan cuba menyediakan khidmat sokongan terbaik buat Azeem untuk mencapai prestasi sebenarnya di Paris.
Dia juga akan cuba menyediakan perkhidmatan profesional menerusi kerjasama dengan Institut Sukan Negara (ISN).
Malah, Ballard juga akan berkongsi pengalamannya berada di final temasya terbesar dunia itu dan melatih atlet di peringkat Sukan Olimpik sebelum ini.
"Kami akan cuba memudahkan atlet dan ini salah satu pertandingan yang besar.
"Kami mahu dia mencapai kemuncak (prestasi) dalam pertandingan ini tetapi kami tidak memintanya untuk melakukan sesuatu yang luar biasa.
"Kami hanya mahu dia melakukan apa yang sudah dilakukan dalam latihan kerana itulah tujuan latihan," katanya.
Azeem merupakan pemegang rekod kebangsaan dalam acara 100 meter dengan catatan 10.09s.
--Sinar Harian