OLIMPIK PARIS
Paris 2024: Tan Rouxin tidak mahu hanya sekadar 'makan angin'
Atlet renang negara, Khiew Hoe Yean tidak mampu berkata-kata apabila ditanya tentang persiapan menjelang acara renang yang akan membuka tirainya esok.
Dia yang ditemui ketika sedang menjalani latihan ketiganya di Arena Paris La Defense turut menyatakan bahawa faktor kekuatan mental adalah penentu dalam pemburuan aksi terbaiknya nanti.
"Ia sangat menakjubkan sehingga saya sendiri tidak percaya saya berada di sini. Segala usaha keras saya letakkan -- membuatkan saya terdiam.
Iklan
Nak jalan ke tak?ke dia yang nak jalan..apa yang cuba disampaikan Tan Rouxin?? @ASTROARENA pic.twitter.com/aHiwvzI7GH— Azlan Mubin (@azlanmubinAM) July 25, 2024
"Semestinya mimpi menjadi kenyataan dan segala persiapan telah berjalan dengan baik. Sesi latihan telah pun berjalan selama berbulan-bulan dan berada di sini adalah untuk menguji kekuatan mental," kongsinya bersama wartawan Astro Arena, Azlan Mubin di Paris.
Sementara itu, atlet renang wanita muda negara, Tan Rouxin yang akan membuat penampilan seawal usia 18 tahun berkongsi pengalaman apabila pertama kali berdepan atlet-atlet renang terbaik dunia pada sesi latihannya.
"Saya berasa sangat teruja serta gembira kerana dapat beraksi di Olimpik buat pertama kali. Saya akan lakukan sehabis baik dalam acara saya," kongsi Rouxin.
Walaupun terasa dirinya kecil tetapi Rouxin tetap berjiwa besar untuk memastikan penampilan pertamanya itu bukan hanya sekadar 'makan angin'.
Must-Watch Video