Skip to main content

Sukan Lain

Paris 2024: Shah Firdaus teruja 'sambut baton' ditinggalkan Azizulhasni

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shah.jpg
Pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, sedia 'sambut baton' yang ditinggalkan oleh rakan sepasukannya, Datuk Azizulhasni Awang, bagi menggalas tugas sebagai prospek pingat emas pertama negara di edisi seterusnya.

Shah Firdaus yang mesra dipanggil The Terminator itu mengakui peralihan kepada legasi baru sedang dilakukan seiring dengan perancangan rakan karibnya yang akan mengumumkan persaraan, dalam masa terdekat. 

"Secara tidak langsung, saya juga menyedari untuk menerima tanggungjawab tersebut secara beransur dan menganggap ini cabaran baru buat saya untuk membanggakan Malaysia," katanya.

Sememangnya, ia bukan penamat yang diidamkan oleh Azizulhasni meskipun mempamerkan konsistensi sebagai penyumbang utama pingat buat kontinjen negara dalam dua edisi terdahulu.

"Saya tidak risau untuk mengumumkan persaraan kerana dia (Shah Firdaus) menunjukkan persembahan yang memukau dan saya sangat berbangga melihatnya," kata Azizulhasni.

Difahamkan, atlet berusia 36 tahun itu akan meneruskan kayuhan dalam masa setahun lagi termasuk menyertai sebuah kejohanan keirin di Jepun nanti.

Advertisement

Must Watch Video