Ketibaan skuad berbasikal trek negara di Paris pada Khamis juga tertumpu kepada dua rakan seperjuangan Datuk Azizulhasni Awang iaitu Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Asri.
kedua-dua mereka mempunyai misi untuk dilunaskan, tatkala Shah Firdaus mahu menebus kecewa di edisi Tokyo 2020 dengan pencapaian lebih baik kali ini, Izzah pula mengidamkan debut sempurna di Paris.
"Ini adalah Sukan Olimpik saya yang kedua, sebelum ini di Tokyo tiada penonton berikutan Covid-19, kali ini agak berbeza," Kata Shah Firdaus.
Izzah yang kini digelar the pocket rocketwoman mencatat sejarah selaku peumba wanita pertama dari Malaysia layak bertanding dalam kedua-dua acara iaitu keirin dan pecut.
"Saya tidak jangka layak ke Paris, tapi bersyukur dapat ke Paris. Saya gembira dan gementar memandangkan ini olimpik pertama saya maka saya akan menikmati momen ini." Kata Izzah Izzati Asri.

Champ dah sampai, Datuk Azizulhasni Awang bersama Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati serta jurulatih John Beasley selamat mendarat di Paris dari Mallorca, Sepanyol. ??? #KitaSemuaTeamMAS @ASTROARENA pic.twitter.com/9lPmRSyqax
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) August 1, 2024