SEPANYOL 3 REP DOMICAN 1
Kelibat Fermin Lopez dan Alex Baena menjulang Sepanyol untuk menewaskan 10 pemain Republik Dominican 3-1 bagi mengesahkan tempat ke suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024 dengan baki perlawanan di peringkat kumpulan.
Miguel Gutierrez turut menemui sentuhan penyudah di Stade de Bordeaux untuk La Roja meraih kemenangan kedua Kumpulan C, awal pagi tadi, selepas pencabar mereka itu terpaksa mengharungi lebih separuh masa permainan dengan 10 pemain berikutan kad merah terhadap Edison Azcona.
Pasukan kendalian Santi Denia itu membuka kempen mereka dengan kemenangan 2-1 ke atas Uzbekistan di Parc des Princes dan mereka meneruskan rentak itu dengan membuka jaringan pada minit ke-24 menerusi tolakan Fermin.
Republik Dominican menyamakan kedudukan 13 minit kemudian hasil tandukan percuma Angel Montes de Oca, namun pincang sejurus sebelum separuh masa berikutan reaksi Azcona ganas menendang Pau Cubarsi.
Sepanyol memanfaatkan kelebihan itu menerusi lencongan Alex Baena pada minit ke-55 sebelum 15 minit kemudian pemain gantian, Gutierrez, mudah menolak masuk bola ke gawang yang tidak dikawal.

2 - Spain ?? has qualified from the group stage in consecutive #OlympicGames for the first time since a run of three between 1992 and 2000.
— OptaJose (@OptaJose) July 27, 2024
Focused. #Paris2024 pic.twitter.com/5NiulLl21a