OLAHRAGA
Paris 2024: Perjuangan Caster Semenya pernah dilabel wanita jadian
Ini bukan pertama kali pertikaian jantina berlaku dalam Sukan Olimpik berikutan kontroversi peninju Algeria, Imane Khelif, yang dilabel wanita jadian.
Malam tadi dalam edisi di Paris, Angela Carini yang mewakili Itali menarik diri selepas 46 saat pertarungan sebaik menyedari betapa beratnya tumbukan pencabarnya itu, dan terpaksa ditenangkan Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni.
Ia mengingatkan kontroversi yang pernah melanda pemilik dua pingat emas Sukan Olimpik, Caster Semenya, yang mengungguli acara 800 meter edisi London 2012 dan Rio de Janeiro 2016.
Iklan
Tahap kandungan testosteron atlet Afrika Selatan itu tinggi sambil disahkan seorang wanita -- kemudian tersebar laporan mengenai dia tergolong dalam khunsa.
Kes ini telah diheret Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dan bermula 2019, Olahraga Dunia (IAAF) menetapkan beberapa peraturan mengenai atlet yang mempunyai isu berkaitan jantina, antaranya penetapan paras testosteron tertentu.
Pada usia 33 tahun, Semenya sudah pun mendirikan rumah tangga setelah lama menjalinkan hubungan Violet Raseboya.
Kelibatnya turut kelihatan di Paris apabila bertindak sebagai pembantu jurulatih jarak sederhana.
Must-Watch Video