OLIMPIK PARIS
Paris 2024: Perancis benam Argentina, lolos ke separuh akhir
Perancis meneruskan rentak kemenangan di laman sendiri ketika beraksi dalam saingan Sukan Olimpik Paris 2024 apabila mengatasi Argentina 1-0 untuk mara ke separuh akhir.
Pemain Crystal Palace, Jean-Phillipe Mateta, menanduk masuk hantaran silang bekas rakan sepasukan, Michael Olise, dalam tempoh lima minit pertama permainan, dan ia terbukti cukup untuk memastikan skuad bimbingan Thierry Henry meneruskan kemaraan.
VAR membatalkan jaringan kedua Perancis, namun Argentina pula gagal menggunakan peluang terhidang untuk mendapatkan gol penyamaan,
Iklan
Kedudukan kekal 1-0 sehingga tamat perlawanan dan pergaduhan tercetus antara kedua-dua pasukan selepas wisel penamat ditiupkan.
#Paris2024 FINAL ESCÁNDALOSO ENTRE #ARGENTINA Y #FRANCIAUn jugador francés provocó a los suplentes "Albicelestes", que explotaron de la bronca ante la eliminación de los #JuegosOlímpicos #Olympics #JeuxOlympiques pic.twitter.com/ZCJfEgZXCN— ????? ????? (@Mario_Moray) August 2, 2024

Must-Watch Video