Vinesh Phogat dikejarkan ke hospital malah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada acara gusti wanita gaya bebas 50kg Sukan Olimpik Paris 2024 gara-gara terlebih berat badan.
Phogat sepatutnya beraksi dalam perebutan pingat emas dengan atlet Amerika Syarikat (AS), Sarah Hildebrandt, tetapi dalam sesi timbangan, berat badan penggusti berusia 29 tahun itu didapati terlebih 100 gram -- sekalipun sejak dua hari lalu telah menjalani diet ketat selain menghabiskan masa berjam-jam di sauna demi mencapai berat badan ideal.
Dia perlu beraksi dalam kategori 50kg berbanding 55kg berikutan acara kegemarannya itu tidak dipertandingkan.
"Gusti menang dan saya tewas. Impian saya sudah berkecai. Kini saya tidak mempunyai sebarang kekuatan lagi," tulisnya di X.
"Selamat tinggal dunia gusti sejak 2001-2024. Saya sentiasa terhutang budi dengan anda semua. Saya mohon maaf."
Stadium Astro
Thu Aug 08 2024