Skip to main content

Bola Sepak

Rindu Harimau Malaya tiada penghujung, Sumareh-Liridon buat orang ramai sebak, gegar internet

Sumareh
Advertisement

Ternyata, Liridon Krasniqi masih belum melupakan Negaraku.

Dalam satu sesi live di TikTok, tertarik perhatian orang ramai apabila bekas pemain naturalisasi Harimau Malaya itu bersama bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Mohamadou Sumareh, menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh rasa bangga.

Advertisement

Malah, video tersebut menggegar internet dengan peminat mula berkongsikan perkembangan tersebut serata media sosial.

Seorang pernah menyarung jersi kebangsaan, manakala seorang lagi masih mewakili negara.

Advertisement

Rata-rata penyokong merindui aksi memukau Liridon yang pernah mencetuskan fenomena dalam Liga Malaysia (Liga-M) sebelum ini.

Sumareh dipanggil memperkuat pasukan negara dalam Piala Hyundai ASEAN menyaksikan dia membantu Malaysia mara ke separuh akhir.

MatDon mendapat kerakyatan Malaysia pada 2020 dengan mengumpul enam penampilan bersama skuad kebangsaan.

Bintang berusia 34 tahun itu sudah menetap di Malaysia sejak 2015 tatkala mewakili Kedah sebagai kelab pertama di negara ini.

Selepas aksi terakhirnya bersama Terengganu pada akhir 2023, Liridon tidak bersama mana-mana pasukan dalam kancah domestik.
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video