Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Star City, Datuk Syed Mahadi Syed Hassan, percaya kemenangan ke atas Selangor dalam perlawanan suku akhir kedua Piala FA Sabtu lalu mampu dijadikan pembakar semangat buat pasukannya dalam usaha keluar daripada kelompok pasukan bawahan Liga Super.
Meskipun gagal layak ke separuh akhir Piala FA musim ini, Syed Mahadi memuji semangat juang yang ditampilkan anak buah Mehmed Durakovic sambil menyifatkan bukan mudah untuk menewaskan Selangor di laman mereka, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Syed Mahadi turut berharap semua peminat Sang Helang Utara itu kekal berdiri teguh bersama pasukan sama ada ketika menang mahupun tewas.
Star City seterusnya akan meneruskan saingan Liga Super dengan bertandang ke Kota Bharu bagi hadapi Kelantan Red Warrior pada Jumaat ini.