Skip to main content

Bola Sepak

Menyesal! Rela pilih Indonesia berbanding pasukan ranking ketujuh FIFA

Radja
Advertisement

"Jika boleh putarkan waktu, saya akan memilih Indonesia.

Bekas bintang Belgium, Radja Nainggolan, telah mengakui bahawa dia kesal memilih negara itu berbanding Indonesia di peringkat antarabangsa.

Advertisement

Untuk rekod, meskipun berpeluang namun tonggak berusia 38 tahun itu tidak pernah beraksi dalam mana-mana Piala Dunia untuk pasukan ranking ketujuh dunia itu walaupun memiliki statistik mengagumkan.

Dia mengkritik kepimpinan Roberto Martinez sewaktu menjawat posisi ketua jurulatih negara itu, sambil merasakan Martinez tidak layak mengetuai Belgium menghadapi kejohanan dan beberapa siri perlawanan sebelum ini.

Advertisement

Dalam satu perkongsian di X, Nainggolan menyesal tidak bergabung dengan Sang Garuda.

"Saya mungkin boleh menikmati kerjaya antarabangsa selama 15 tahun bersama Indonesia," katanya.

Bekas pemain Inter Milan itu memiliki susur galur bersama juara Piala ASEAN FIFA itu menerusi latar belakang ayahnya, tetapi terputus hubungan sejak berusia lima tahun.

Bekas pemain AS Roma itu juga berkelana ke Indonesia pada 2023 dan menyertai Bhayangkara.

Nainggolan menjelaskan tertarik dengan atmosfera dan fenomena bola sepak gergasi Asia Tenggara (ASEAN) itu yang memiliki kumpulan peminat yang sangat fanatik. Budaya bola sepak Indonesia membuatkannya jatuh cinta tetapi ia sudah terlambat.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video