Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, mengakui lega dapat ke suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024 walaupun diletakkan dalam kumpulan maut.
Gandingan negara itu diundi bersama tiga beregu dalam kelompok 10 terbaik dunia dan laluan mereka untuk ke pusingan kalah mati sebelum ini kelihatan tipis.
Bagaimanapun, pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2022 itu mengingatkan semua pihak mengapa mereka pernah diangkat sebagai prospek pingat dalam temasya terbesar dunia itu.
Dengan mengatasi beregu Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti, Pearly dan Thinaah layak ke suku akhir sebagai naib juara Kumpulan A di belakang gandingan pilihan utama dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan.
Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Shahrazad Sani, Thinaah berkata: "Ketika mula undian itu keluar, kami hanya mampu ketawa kerana sedar cabarannya amat sukar.
"Tetapi kami sedar Sukan Olimpik merupakan pentas terbesar dan kami hanya mahu menikmati permainan kami dan setiap mata di atas gelanggang.
"Untuk berada dalam suku akhir, ia merupakan impian jadi nyata buat kami, satu langkah buat kami tetapi kami masih ada perlawanan lagi dan kami mahu lebih fokus, mengambil rehat yang secukupnya dan kembali fokus bagi perlawanan seterusnya," katanya.
Dalam masa sama, Pearly mengakui mereka sudah menemui sentuhan sebenar setelah sekian lama bergelut untuk mendapatkan prestasi terbaik.
"Sejak Terbuka Indonesia lalu, kami sudah mula mendapatkan permainan sebenar kami kerana sebelum itu, kami lebih memilih untuk bermain dengan selamat kerana kami takut melakukan kesilapan.
"Tetapi itu bukan permainan sebenar kami, jadi kami sudah berbincang dengan jurulatih, staf ISN (Institut Sukan Negara) juga membantu kami untuk menjadi diri kami yang sebenar.
"Saya amat gembira ia tiba pada waktu yang tepat di sini," kata Pearly.