Skip to main content

Sukan Lain

Paris 2024: Nama besar tenis enggan ambil risiko Sukan Olimpik

aryna-sabalenka.png
Hanya tinggal lebih kurang sebulan sebelum Sukan Olimpik 2024 di Paris membuka tirainya, nampaknya beberapa nama besar dalam sukan tenis terpaksa melupakan temasya sukan terbesar dunia ini akibat kecederaan.

Ons Jabeur, yang bersaing di Sukan Olimpik sejak tiga kali berturut-turut sejak 2012 adalah nama besar terbaru yang tarik diri kerana mahu fokus kepada pemulihan kecederaan lututnya yang dialami sejak dua tahun lalu.

Menurutnya di laman X, antara sebab Jabeur dan pasukannya mengambil keputusan drastik tersebut kerana menganggap bermain di permukaan gelanggang yang berbeza dalam tempoh yang dekat perlu mengambil kira kepada keadaan fizikal.

Ia bagi mengelak daripada meletakkan lututnya dalam risiko besar selain menjejaskan peluangnya beraksi untuk baki musim ini.

Selain Jabeur, seorang lagi pemain yang tarik diri ialah Juara Grand Slam Terbuka Australian 2023 dan 2024, Aryna Sabalenka.

Alasannya pula ialah lebih memilih untuk berehat bagi meastikan fizikal dan kesihatannya bersedia untuk beraksi di atas gelanggang keras. 


 
"Apatah lagi bulan lalu saya bergelut untuk bermain jadi ia petanda untuk saya fikirkan keadaan kesihatan saya," katanya. 

Sukan Olimpik Paris 2024 bakal membuka tirainya pada 26 Julai hingga 11 Ogos, dapatkan perkembangan terkini atlet ternama dunia serta atlet tempatan yang bersaing hanya di Stadiumastro juga saluran Astro Arena juga Astro Supersport.
 

Advertisement

Must Watch Video