Skip to main content

Olimpik

Paris 2024: Izzah Izzati terkandas dalam pusingan kedua acara pecut, akan ke repechage

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

izzah.jpg
Pelumba berbasikal trek wanita negara. Nurul Izzah Izzati Asri, terpaksa akur selepas terkandas dalam pusingan kedua acara pecut individu wanita saingan Sukan Olimpik Paris 2024 di Velodrom Nasional, Perancis sebentar tadi.

Walaupun Izzah Izzati mengikut wakil Great Britain itu dari belakang namun selepas loceng dibunyikan terlihat sukar untuk dia mengejar pemenang pingat emas acara pecut berpasukan itu dengan catatan masa 10.886 saat.


 
Dia akan melangkah ke pusingan repechage dan perlu menang untuk ke pusingan ketiga.

Dalam pada itu, Izzah juga berjaya memperbaharui rekod peribadinya dengan catatan masa 10.709 saat.

Advertisement

Must Watch Video