Atlet negara yang menggalas cabaran dalam Sukan Olimpik 2024 diingatkan supaya segera menyesuaikan diri dengan keadaan semasa di Paris, Perancis.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa, berkata isu tekanan bukan lagi menjadi perkara utama kerana atlet telah pun dipersiapkan lebih awal bagi temasya berintensiti tinggi itu.
Menurutnya, atlet telah menjalani siri persediaan latihan rapi dilakukan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) beberapa bulan lalu.
Malah, katanya, terdapat dalam kalangan mereka telah digerakkan lebih awal ke Eropah bagi menyesuaikan diri daripada segi masa, persekitaran dan makanan.
“Cuma bagi yang pertama kali, mereka perlu menyesuaikan diri dengan masa kerana itu penting, selain cuaca yang mungkin menjadi ‘musuh’ nombor dua di sana.
“Daripada aspek psikologi, mental dan fizikal, mereka sepatutnya telah membuat penyesuaian tambahan agar keterujaan beraksi di Sukan Olimpik Paris diterjemahkan kepada persembahan membanggakan negara,” katanya.
Selain itu, jelas Mohd Sadek, atlet negara juga perlu lebih ringan mulut berkomunikasi dengan pegawai MSN atau ISN, selain jurulatih bagi mendapatkan khidmat nasihat.
“Sebenarnya mereka sudah kenal lawan berprofil tinggi masing-masing kerana telah bertemu sebelum ini, cuma tahap penyesuaiannya diri pada hari pertarungan menjadi ukuran prestasi.
“Komunikasi ini penting apabila beraksi dalam temasya berintensiti tinggi seperti Sukan Olimpik, suasananya amat berbeza, tidak seperti Sukan Komanwel, Sukan Asia, jauh sekali Sukan SEA.
“Mungkin selama ini mereka berkongsi taktikal dengan jurulatih, namun bagi aspek psikologi, mereka perlu merujuk kepada yang lebih arif seperti pakar psikologi,” katanya.
-- Sinar Harian