Skip to main content

Sukan Lain

Paris 2024: Hari ini keadaan Aniq Kasdan lebih baik daripada semalam -- Hannah Yeoh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hannah-yeoh.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkongsi perkembangan semasa membabitkan atlet angkat berat negara, Aniq Kasdan, yang hampir menghadiahkan pingat dalam Sukan Olimpik pertamanya buat Malaysia dalam sukan ini di pentas olimpik Paris 2024.

Begitupun, membabitkan Aniq yang berada dalam program Road To Gold (RTG) adalah untuk memastikan episod duka seperti semalam tidak berulang lagi di saingan Sukan Olimpik Los Angeles 2028.


 

"Aniq kata jika kalah 10kg hati tidak sakit berbanding 1kg, jadi pagi ini saya ada melihat keadaannya dan perasaan dia lebih baik daripada semalam berikutan lebih banyak atlet yang berada dalam kedudukan lebih tinggi daripadanya tidak berjaya habiskan saingan.

"Saya lihat dalam bentuk sokongan kita perlu membantu mereka dalam aspek kejurulatihan, serta bantu jurulatihnya kerana ini merupakan satu ekosistem untuk memberikan sokongan ketika beraksi dalam kejohanan peringkat dunia nanti." Katanya kepada Nadi Arena.

Advertisement

Must Watch Video