SUKAN OLIMPIK
Paris 2024: Hamidin optimis atlet negara harumkan nama negara
Chef-de-mission (CDM) Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Amin, percaya terhadap kekuatan kontinjen Malaysia untuk mengharumkan nama negara terutama dalam memburu kilauan pingat emas pertama, bermula 26 Julai ini.
Keyakinan itu dilaungkan di sebalik jumlah penyertaan atlet negara kali ini antara yang paling kecil berbanding beberapa edisi sebelum ini.
"Komitmen atlet ketika saya bertemu mereka, dari Datuk Azizulhasni (Awang) sampailah yang terakhir, Nur Dhabitah Sabri, kali ini mereka memikirkan ini adalah (edisi) Olimpik berlainan dan memikirkan yang terbaik untuk negara.
Iklan
"Ini komitmen kepada saya dan kami berharap kontinjen kali ini dapat membuat sesuatu untuk negara," katanya ketika ditemui selepas majlis penajaan untuk kontinjen Malaysia hari ini.
Sementara itu, Hamidin menasihati semua atlet supaya lebih berhati-hati dan sentiasa menjaga keselamatan, menjelang baki 17 hari sebelum temasya membuka tirai.
"Kadang-kadang kecederaan tidak dapat dielakkan.
"Saya harap atlet dapat menjaga kesihatan dan lebih berhati-hati dalam latihan sebelum Olimpik bermula kerana kita boleh dalam kerugian apabila atlet tercedera dan tidak dapat bermain," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Hamidin menegaskan atlet negara tidak perlu bimbang mengenai tahap keselamatan tuan rumah berikutan pergolakan politik yang berlaku di Perancis.
Must-Watch Video