Skip to main content

Olimpik

Paris 2024: Dalam sukan ada menang, ada kalah -- Hannah Yeoh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hannah.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, tetap gembira melihat prestasi dua beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Pearly Tan-M. Thinaah, mempamerkan persembahan membanggakan meskipun terkandas di pusingan separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024.

Dalam masa sama, Hannah menuntut kedua-dua gandingan negara tersebut segera bangkit dan mendoakan kejayaan mereka mendapatkan pingat gangsa dalam aksi penentuan untuk mengubati luka kekalahan tadi.

"Kita harus mengakui bahawa acara sukan mempunyai peluang untuk menang namun, ia juga mengandungi kebarangkalian untuk kalah," katanya.

Hannah turut menegaskan bahawa perjuangan kem Malaysia belum selesai apabila program 'Road to Gold' masih dalam sasaran apabila atlet berbasikal negara yang diketuai oleh Datuk Azizulhasni Awang mempunyai peluang untuk meraih podium tertinggi temasya berprestij itu.

Advertisement

Must Watch Video