Skip to main content

Olimpik

Paris 2024: Bendera Taiwan kena 'ban' di venue

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

taiwan-flag.jpg

Dengan pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 Sabtu lalu, terdapat insiden yang dilaporkan mengenai kakitangan venue meminta hadirin untuk mengalih keluar rujukan kepada bendera Taiwan, termasuk bendera kecil bersaiz sapu tangan, beg dan juga cat muka yang menyerupai bendera kebangsaan.

Kegagalan mematuhi permintaan sedemikian akan mengakibatkan mereka diusir dari tempat tersebut walaupun berhak dan mempunyai tiket.

Walaupun orang ramai mungkin keliru mengenai larangan bendera Taiwan di tempat itu, dasar Olimpik dinyatakan dengan jelas dalam peraturan tiket bahawa hanya bendera rasmi wilayah atau negara yang mengambil bahagian dalam Olimpik dibenarkan masuk ke venue. 

Advertisement

Sebagai contoh, bendera yang membawa simbol menuntut kemerdekaan seperti Basque Sepanyol, Tibet mahupun Quebec diharamkan secara mutlak.



Justeru, penyokong Taiwan harus menggunakan bendera yang memaparkan bunga plum yang secara rasmi mewakili pasukan Olimpik Taiwan sejak 1981.

Sebarang rujukan kepada merah dan biru bendera kebangsaan Taiwan akan diteliti oleh kakitangan keselamatan, yang dilengkapi rujukan khas bagi menggambarkan bendera mana yang dilarang daripada venue Olimpik.

Dua lagi bendera negara, Russia dan Belarus, telah diharamkan buat sementara waktu atas penglibatan mereka dalam perang Ukraine.

Atlet kedua-dua negara itu hanya dibenarkan bertanding selepas lulus proses temu duga dan bersetuju untuk bertanding di bawah status atlet individu neutral (AIN).  

Atlet Russia juga tidak dapat bersaing di bawah bendera kebangsaan mereka sejak 2016 berikutan insiden doping.

Must Watch Video