Skip to main content

Olimpik

Paris 2024: 16,000 katil kadbod untuk perkampungan sukan, media

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

katil-kadbod.jpg
Katil kadbod terus dipilih dalam Sukan Olimpik Paris 2024 dan Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas perkenalannya dalam di Tokyo, tiga tahun lalu. 

Sebanyak 16,000 katil kadbod akan digunakan di Perkampungan Sukan Saint-Denis and Chateauroux dan ia juga khas buat petugas media di Perkampungan Media Dugny bagi edisi bakal membuka tirai 26 Julai ini. 

Penggunaannya mendapat reaksi pelbagai reaksi tetapi syarikat pengeluarnya, Airweave, menegaskan produk itu telah diuji ketahanannya menerusi tiga hingga empat individu serentak melompat di atasnya. 

 


Tuan rumah Perancis pula amat berbangga kerana dapat meneruskan kesinambungannya dan menjadi sebahagian daripada projek kitar semula ini. 

Advertisement

Must Watch Video