Penganjuran Para Sukma Sarawak 2024 dari 22 hingga 28 September depan semestinya memerlukan persiapan rapi.
Melibatkan 10 jenis sukan dan 1,528 atlet para, ia akan menjadi platform buat atlet kurang upaya, terutama atlet muda, untuk menyerlahkan potensi mereka dan tidak menganaktirikan mereka daripada segi perkembangan karier.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Professor Dr. Sim Kui Hian, teruja dengan penganjuran itu selain mahu melihat sukan di Sarawak terus berkembang dengan penambahan barisan atlet pelapis.
"Sebenarnya, Para Sukma memberikan inspirasi yang besar buat kita semua," kata Kui Hian kepada wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman.
"Kerana di sebalik kekurangan, mereka masih mencuba sedaya upaya dan melakukannya dengan sebaik mungkin.
"Jadi ia merupakan satu keraian dan penekanannya bukan kepada ketidakupayaan tetapi kepada kemampuan mereka kerana kita perlu melihatnya secara positif," katanya.