Kejuaraan Asia Tenggara (ASEAN) baru-baru ini iaitu Piala Hyundai ASEAN yang sudah melabuhkan tirai pada Ogos lalu dicemari dengan skandal dahsyat apabila terdapat dakwaan pertaruhan dan mengatur perlawanan.
Kontroversi itu turut mendapat liputan wartawan antarabangsa, Romain Molina, yang sering mendedahkan sisi gelap bola sepak kebanyakan pasukan.
Menurut laporan ternama dari The Guardian, pemain Laos, Soukpachan Lueanthala, kini dalam tahanan polis tatkala sedang disoal siasat berhubung tuduhan mengatur perlawanan yang berlaku dalam kejohanan itu.
Katanya, Persekutuan Bolasepak Laos (LFF) sendiri membuat laporan polis susulan dakwaan tersebut selain menjalankan siasatan dalaman melibatkan para pemain dan pegawai pasukan bagi mendapatkan bukti kukuh.
Un international du Laos đ±đŠ a Ă©tĂ© arrĂȘtĂ© en lien avec des matchs truquĂ©s Ă l'ASEAN Championship 2026 Il est soupçonnĂ© d'ĂȘtre l'un des joueurs opĂ©rant pour un syndicat criminel vietnamien liĂ© aux paris Bizarrement, il a Ă©tĂ© le seul pris pour le moment alors que nos sources indiquent qu'il est loin d'ĂȘtre un cas isolĂ©... EnquĂȘte avec @ed_aarons https://t.co/EzP84snoMy
â Romain Molina (@Romain_Molina) October 8, 2026
Setakat maklumat, siasatan tersebut berpunca daripada layangan kad merah dan dua jaringan sendiri oleh Laos yang dianggap menjual perlawanan, namun tiada pengesahan rasmi setakat ini.
Untuk rekod, isu itu bukan perkara baru apabila pada 2022 seramai 45 pemain Laos sebelum ini pernah dikenakan penggantungan seumur hidup oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas didapati bersalah mengatur perlawanan.