Walaupun hanya berpandukan cahaya kelam, ia tidak sesekali mematahkan semangat atlet para olahraga Sukan Malaysia (Sukma) untuk Sarawak, Filemon Lerong Dionisus, cemerlang dalam sukan.

Penglihatan Filemon rabun sebaik dilahirkan, namun selepas mengalami kemalangan motosikal pada usia 11 tahun keadaannya semakin teruk dan pada usia 23 tahun, dunia filemon hampir gelap sepenuhnya selepas mengalami denggi berdarah.

Tapi dia tetap tabah.

Walaupun berhadapan dengan kesulitan untuk bergerak bebas terutama melibatkan sukan kegemarannya iaitu olahraga.


"Untuk menjalani sesi latihan memang susah. Kalau dalam kesibukan, saya tetap berlatih berlari di atas mesin dan di gimnasium.




"Jadi saya berasa agak tertentu tapi dari kecil lagi saya sudah minat bersukan. Jadi saya berfikiran positif, saya perlu terima hakikat.

"Sukan juga salah satu cara mengubati hati yang tertekan," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.

Menjelang para Sukma yang bakal membuka tirai, Filemon tidak kekok untuk menyasarkan dua pingat emas dalam acara 100 dan 200 meter T47.

Bukan itu sahaja, Filemon berasakan bahawa dia relevan untuk wakili negara di pentas Sukan Para ASEAN di Thailand tahun depan dalam kategori yang sama.

"Saya juga sedang memburu tempat dalam Sukan Para ASEAN," katanya.