Ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg, terlepas pingat gangsa acara 10 meter platform wanita dalam pusingan kedua Siri Dunia Kejohanan Terjun FINA di Beijing, China, sebentar tadi.
Penerjun Sarawak itu, bagaimanapun, menunjukkan peningkatan prestasi berbanding pusingan pertama Siri Dunia di Sagamihara, Jepun baru-baru ini, apabila gagal layak ke final.
Menurut laman web rasmi www.fina.org, dalam kejohanan yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Beijing itu, Pandelela mencatat 330.15 mata selepas lima terjunan.
Dia berada di kedudukan kelima selepas dua terjunan pertama, Pandelela mempamerkan peningkatan dalam terjunan berikutnya, sekali gus melonjakkan diri ke tempat keempat.
Bagaimanapun, Pandelela terpaksa bersaing sengit dengan penerjun dari Kanada, Meaghan Benfeito, yang meraih pingat gangsa setelah mengumpul 336.40 mata.
Pingat emas dan perak acara itu didominasi penerjun China, Zhang Jiaqi (400.05) dan Ren Qian (371.20).
Terdahulu, Pandelela layak ke saingan final selepas mengungguli pusingan separuh akhir A dengan mengumpul 326.95 mata.
Untuk rekod, ini kali kedua Pandelela terlepas pingat gangsa dalam kejohanan itu setelah gandingannya bersama Nur Dhabitah Sabri berakhir di kedudukan keempat dalam acara 10m platform seirama wanita.
Sementara itu, gandingan Lee Mun Yee dan penerjun muda, Hanis Nazirul Jaya Surya, dalam acara 10m platform seirama campuran berakhir di tempat tercorot selepas mengumpul 267.00 mata.
Pingat emas acara itu diraih penerjun China, Si Yajie-Lian Junjie, yang mengumpul 346.38 mata, diikuti penerjun Russia, Nikita Shleikher-Iuliia Timoshinina (301.26) dan Meaghan Benfeito-Nathan Zsombor-Murray dari Kanada (300.96) di tempat ketiga.
-- BERNAMA