Jurulatih terjun negara, Christian Brooker, menganggap Pandelela Rinong perlu bergandingan semula dengan Cheong Jun Hoong untuk 10 meter platform terjun seirama selepas Malaysia gagal meraih pingat dalam dua Kejohanan Terjun Siri Dunia.
Skuad terjun negara kembali ke tanah air tanpa sebarang pingat daripada saingan Siri Dunia di Sagamihara, Jepun dan Beijing, China.
Gandingan Pandelela-Nur Dhabitah Sabri yang disandarkan harapan terbaik dalam 10m platform terjun seirama, sekadar meraih tangga keempat dalam kedua-dua saingan.
Acara itu merupakan peluang terbaik Malaysia meraih pingat dalam saingan Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik.
Brooker akan mengadakan perbincangan dengan Jun Hoong dalam masa terdekat untuk mengetahui jangka masa yang diperlukan sebelum bekas juara dunia itu kembali ke kolam renang.
"Jun Hoong merupakan atlet yang lebih berpengalaman beraksi dalam acara 10m, jadi dia adalah gandingan yang lebih ideal buat Pandelela," katanya.
Jun Hoong mengalami kecederaan lutut dan dijangka kembali berlatih bulan ini.
Gandingannya dengan Pandelela menghasilkan banyak kejayaan, terutama pingat perak 10m platform terjun seirama Sukan Olimpik Rio 2016.
"Kami mahu memastikan Jun Hoong berada pada tahap terbaik untuk mengulangi kejayaan Olimpik Rio. Jika tidak, Dhabitah atau Leong Mun Yee akan mengisi kekosongan untuk digandingkan dengan Pandelela."