Skip to main content

Sukan Lain

PABM: Poh Eng sedia lepas jawatan presiden

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

poheng.jpg
Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ong Poh Eng, bersedia melepaskan
jawatan disandangnya sejak 2012 andai dicabar individu lain dalam mesyuarat agung tahunan
(AGM) parsatuan itu bulan depan.


Ia susulan tindakan beberapa ahli gabungan yang mencadangkan Presiden Persatuan Angkat Berat Johor,
Datuk Ayub Rahmat, yang juga timbalannya di PABM sebagai pengganti.

Dalam satu temubual hari ini, Poh Eng mengakui menerima cadangan itu dan bersedia memberi laluan kepada individu lain.

"Seperti yang saya cakap, kalau tiada pencabar, saya akan menimbang dan melakukan
sesuatu.

"Saya perlu pilih seseorang yang boleh bekerja dan sangat boleh dipercayai untuk tugas itu," kata Poh Eng.

Antara kejayaan terbesar Poh Eng ialah menjalin hubungan baik dengan beberapa negara seperti China dan Vietnam untuk program latihan pusat.

Angkat berat meraih pingat emas Sukan Komanwel 2014, layak ke Sukan Olimpik Rio 2016 dan
terbaru, menyumbang dua emas Sukan Komanwel Gold Coast minggu lalu.

Untuk rekod, Poh Eng adalah Presiden Persekutuan Angkat Berat Komanwel (CWF) dan Ahli
Jawatankuasa Kewangan, Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF).

Advertisement

Must Watch Video