Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

PABM cabar atlet layak ke Tokyo 2020

angkatberat.jpg
Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) mencabar atlet membuktikan kredibiliti ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 ketika platform sudah tersedia untuk mereka bangkit daripada kontroversi doping.

Setakat ini, atlet yang menjadi prospek seperti Azroy Hazal Wafie Izhar dan Aznil Bidin sudah terlepas dua kejohanan yang menawarkan mata kelayakan ke Tokyo.

PABM menerusi presidennya, Datuk Ayub Rahmat, bagaimanapun menegaskan badan induk itu sudahpun ada perancangan buat atlet seperti mereka untuk menyertai kejohanan kompetitif bermula bulan depan.

"Skuad angkat berat akan menyertai beberapa kejohanan dalam rantau Asia. Ini merupakan peluang untuk mereka meningkatkan prestasi serta mengekalkan kecergasan bagi meraih mata kelayakan ke Sukan Olimpik," katanya.

PABM turut meneruskan usaha progresif dalam membendung gejala doping dengan menganjurkan seminar anti doping bersama Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS), hari ini.

Ini dalam usaha untuk membersihkan sukan angat berat di setiap peringkat ketika penyenaraian sukan itu dalam Sukma Johor 2020 masih menjadi tanda tanya.

"Sukan-sukan lain turut tidak boleh mengatakan bahawa mereka bersih daripada penggunaan bahan terlarang. Saya memohon pertimbangan wajar diberikan oleh pihak yang terlibat untuk memastikan sukan angkat berat dapat dipertandingkan," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video