Skip to main content

Advertisement

Hoki

Oltmans tenang tanpa tonggak utama

roelant.jpg
Ketua jurulatih skuad hoki negara, Roelant Oltmans, tidak panik dengan kehilangan empat tonggak utama ekoran kecederaan yang dijangka menjejaskan peluang mencapai sasaran mara ke final Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak, bermula 23 Mac ini.

Oltmans yakin pemain muda yang dibawa masuk mampu mengisi kekosongan tonggak senior.

Antara yang cedera adalah kapten, Sukri Mutalib, S. Kumar (penjaga gol), Syed Mohd Syafiq Syed Cholan dan Mohd Najib Abu Hassan (pertahanan).

Bagaimanapun, kualiti pemain muda juga tidak jauh berbeza, terutama empat pemain yang menyertai hari pertama kem latihan kebangsaan di Bukit Jalil.

"Kami sudah menjangkakan kecederaan bakal dialami oleh pemain-pemain. Tetapi ia adalah peluang untuk mengetengahkan barisan pemain muda dalam skuad negara," kata Oltmans.

Pemain muda dibawa masuk menyertai skuad kebangsaan adalah Mohd Akhimullah Anuar Esook, Muhammad Arif Syafie Ishak, Muhammad Noor Firdaus Rosdi dan Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal.

Skuad negara bertolak ke Kuantan, Pahang untuk kem latihan pusat hingga 16 Mac ini, termasuk mendapatkan sentuhan bekas pakar pukulan sudut penalti Belanda, Taeke Taekema.

"Setiap pemain berada dalam tahap yang sama, ketiadaan beberapa tonggak utama tidak menggugat prestasi pasukan," kata penyerang negara, Nik Mohd Aiman Nik Rozemi.

"Sukar untuk memastikan saya berada dalam senarai 18 pemain tetapi saya akan cuba memberikan yang terbaik," kata Azrai Aizad.

Advertisement

Must Watch Video