Skip to main content

Advertisement

Hoki

Oltmans lega anak buah mula pamer karakter

hoki-psas-2019.jpg
Ketua jurulatih skuad hoki negara, Roelant Oltmans, gembira dengan semangat pemain yang bangkit untuk menghadapi Kanada malam ini meskipun Malaysia terlepas tiket final Piala Sultan Azlan Shah 2019.

Pemain perlu segera melupakan kegagalan mencapai sasaran final dalam kempen di Ipoh, Perak, kerana masih ada tugas yang perlu diselesaikan.

Semangat pemain penting untuk menentukan kemampuan membuat keputusan di atas padang, terutama ketika menentang pasukan seperti Kanada yang menduduki ranking ke-10 dunia.

"Kami akan meneruskan proses yang telah dirancangkan dan pada masa sama, perlu mencapai kemajuan yang diharapkan, misalnya perincian seperti aspek pukulan sudut penalti.

"Sudah tentu kami perlu tingkatkan prestasi tetapi semangat pemain kini tinggi dan kami akan terus berjuang dalam memastikan untuk meraih keputusan terbaik di sini. 

"Buat masa ini, kami berpeluang untuk meraih tempat ketiga," ujar Oltmans.

Pengendali dari Belanda itu juga meminta peminat agar faham kerana ini merupakan sebahagian daripada proses persiapan menghadapi Final Siri Hoki Dunia selaku kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Bukit Jalil, bulan depan.

Apa yang melegakan, pemain juga nampak positif biarpun hasrat menjulang trofi buat kali pertama dalam sejarah kejohanan tidak kesampaian.

"Kami sedar sasaran kami adalah ke perlawanan akhir.

"Kami juga ingin melihat kemajuan dan kempen ini membolehkan kami membuat persiapan yang lebih rapi menjelang Final Siri Hoki Dunia," kata penjaga gol skuad hoki negara, Mohd Hairi Abd Rahman.

Menurut pemain tengah hoki negara, Amirul Aideed Arshad: "Kami perlu buktikan bahawa kami adalah pasukan yang lebih baik dalam Final Siri Hoki Dunia kelak.

"Tambahan pula nasib tidak menyebelahi kami ketika bertemu India dan Korea Selatan.

"Jadi kami perlu buktikan kemampuan pada malam ini."
 

Advertisement

Must Watch Video