Skuad ping pong negara bakal menambah satu lagi acara dalam Sukan Olimpik Remaja di Argentina, Oktober depan, selepas kedua-dua pemain perseorangan lelaki dan wanita layak secara merit.
Choong Javen layak setelah mengungguli kelayakan Road to Buenos Aires zon Asia manakala Alice Chang pula menyusuli selepas mengungguli zon kelayakan di Oceania.
Justeru, ia memberi tiket tambahan untuk kedua-dua pemain itu digandingkan dalam acara berpasukan campuran berdasarkan slot yang diperuntukkan.
Kedua-dua pemain itu mencipta sejarah untuk negara apabila buat julung kalinya layak ke Olimpik Remaja dalam sukan ping pong.
"Saya sangat gembira kerana selain bermain dalam acara individu, saya juga boleh beraksi dalam berpasukan campuran," ujarnya.
Untuk Javen, dia enggan penyertaannya dalam temasya besar itu sebagai pelengkap jadual, sebaliknya hadir untuk memberikan cabaran.
Javen turut meningkatkan waktu latihannya daripada enam jam kepada lapan jam sebagai persiapan rapi ke Buenos Aires, Oktober nanti.
"Saya perlu membuat persiapan lebih rapi untuk Olimpik Remaja kerana ia bukan senang menyertainya.
"Saya mesti beraksi lebih bagus untuk membuktikan kemampuan saya kepada rakyat Malaysia," katanya lagi.