Perenang kebangsaan, Phee Jinq En, yang giat buru slot ke Sukan Olimpik Tokyo selepas melakukan catatan terbaik musim ini, 1 minit 09.08 saat dalam acara 100 meter kuak dada dalam Kejohanan TYR Pro Swim Series Indianapolis.
Catatan itu belum cukup baik untuk berada dalam kelompok kelayakan kategori A dan graduan Universiti Purdue, Amerika Syarikat itu terpaksa menunggu pengesahan Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) untuk mengetahui nasib ke Tokyo kelak.
Untuk rekod, had kelayakan kategori A, 1:07.07s.
"Minggu lalu saya telah beraksi di Indianapolis bagi kelayakan ke Olimpik Tokyo. Saya melakukan catatan terbaik namun ia merupakan impian buat atlet mewakili negara ke temasya berprestij itu," katanya.
"Ia adalah kebanggaan beraksi dalam Sukan Olimpik dan ya, saya mahu beraksi dalam kejohanan itu nanti."